Jadual Berkala Unsur
Bohrium adalah unsur kimia dengan simbol Bh dan nombor atom 107. Ia dinamakan sempena ahli fizik Denmark Niels Bohr. Ia adalah unsur sintetik (unsur yang boleh dibuat di makmal tetapi tidak terdapat di alam semula jadi) dan radioaktif; isotop paling stabil yang diketahui, 270Bh, mempunyai jangka hayat kira-kira 61 saat.
