Jadual Berkala Unsur
Dubnium adalah unsur kimia dengan simbol Db dan nombor atom 105. Dinamakan sempena bandar Dubna di Rusia (utara Moscow), di mana ia pertama kali dihasilkan. Ia adalah unsur sintetik (unsur yang boleh dibuat di makmal tetapi tidak terdapat di alam semula jadi) dan radioaktif; isotop paling stabil yang dikenali, dubnium-268, mempunyai jangka hayat kira-kira 28 jam.
